Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan perbincangan dapat dirumuskan melalui tiga bahagian iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasadam pembelajaran multimedia. Lakaran graf yang dilukis menunjukkan responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan lebih banyak memilih penulisan secara cerpen pendek berbanding puisi, skrip drama dan pantun. Hal ini disebabkan cerpen pendek lebih mudah dan efektif untuk ditulis oleh setiap golongan. Responden wanita juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Oleh itu, kedua-dua responden ini juga menyatakan bahawa cerpen pendek ditulis bagi menambah baik kemahiran menulis, senang untuk ditulis sekaligus maklumat yang ingin disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca. Responden juga lebih gemar menulis mengenai cerita kanak-kanak kerana ia lebih menarik. Selain itu,melalui penulisan cerita pendek dalam blog membolehkan mereka berlatih menggunakan Bahasa serta mereka lebih gemar membaca cerpen pendek dalam blog rakan mereka. Penulisan cerpen pendek ini juga lebih membuatkan mereka tertanya-tanya akan dunia yang berbeza. Mereka juga mampu berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Dapat dirumuskan bahawas setiap perkara yang ditulis mampu meningkatkan motivasi mereka dan responden lebih banyakmemilih penulisan cerita pendek berbanding puisi, skrip drama dan pantun.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan erasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Responden kajian ini ialah lelaki dan wanita. Responden wanita suka meluahkan perasaan menerusi blog kerana dengan cara tersebut lebih baik berbanding yang lain. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding lelaki. Lelaki tidak berminat berkongsi luahan perasaan di blog kerana mungkin malu dan tidak mahu dibaca oleh orang lain. Responden wanita suka menulis blog bagi meluahkan perasaan secara peribadi dan pada setiap hari. Bagi lelaki pula, mereka lebih gemar berkongsi sesuatu yang mampu membuahkan pemikiran kritis seperti teka-teki. Mereka lebih gemar menulis teka-teki kerana dapat meningkatkan motivasi menggunakan bahasa sasaran dan teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka. Ia juga lebih mencabar minda dan secara automatic dapat berfikir secara kritis.

            Menurut Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) melalui pembelajaran teknologi pula menerusi tiga cara iaitu video, audio dan fotografi. Kedua-dua responden lebih gemar pembelajaran teknologi dalam blog secara video dan audio. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Melalui penggunaan video dan audio sekaligus memberi kelebihan terhadap penceritaan yang mereka tulis di laman blog. Responden lelaki dan wanita teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka supaya kelihatan lebih menarik dan seronok. Mereka boleh meletakkan audio yang mereka gemari di laman blog dan audio yang dipilih juga bersesuaian. Responden wanita juga lebih gemar menyiarkan gambar menerusi laman blog mereka. Menerusi ketiga-tiga bahagian ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini telah memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. Perkara ini juga membuktikan mereka lebih bermotivasi untuk membaca blog rakan-rakan mereka dan juga melihat blog mereka dibaca oleh orang lain. Hal ini dapat membantu mereka lebih memahami kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. 


RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.








No comments:

Post a Comment