Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM






Berdasarkan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa manfaat penggunaan instagram yang tersenarai dalam buku bertajuk " Eh! Media Sosial". Yang pertama ialah Instagram membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Seterusnya ialah memberi pengguna peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Kemudian ialah mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Bagi pengajar pula, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Manfaat yang terakhir ialah menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa Instagram membawa pelbagai kebaikan kepada pengguna malah juga kepada pengajar.

Rujukan/ Bibiliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment