Kalendar 2021

Kami telah mengambil masa selama 3 minggu untuk menyapkan tugasan kalendar 2021 ini. Pada mulanya, saya tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Hal ini kerana, saya tidak tahu bagaimana perlu menggunakan aplikasi Adobe Photoshope. Setelah diajar oleh En. Akmal, saya makin mahir menggunakan Adobe Photoshope. Yang menariknya tentang pengalaman saya untuk menyiapkan Adobe Photoshope ini adalah proses untuk mendapat aplikasi ini. Pada mulanya, saya memuat turun aplikasi tersebut secara percuma daripada Google. Namun, hanya dibenarkan untuk mengaksesnya secara percuma selama 7 hari sahaja. Selepas itu, saya pula membelinya di Shopee dengan harga RM1.70. Tetapi malang sekali, saya tidak dapat menggunakannya kerana ia tidak serasi dengan komputer saya. Sedikit perkongsian, bukan sahaja saya yang tidak mampu menggunakannya malah rakan-rakan saya yang turut membelinya tidak menggunakannya. Lalu, saya membelinya sekali di Shopee dengan harga RM5.00. Alhamdulillah. Kali ini saya dapat menggunakannya. Berikut merupakan hasil Kalendar 2021 saya:
















No comments:

Post a Comment