Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik merujuk Normaliza Abd Rahim (2014) iaitu;

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2) Cerita menarik yang dapat menari hati pembaca.
3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7) Dapat dibaca dn difahami.
8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Terdapat 10 cara menulis blog dengan jayanya. Yang pertama ialah memilih tajuk sesuai yang dapat menarik perhatian pembaca. Ini merupakan perkara utama sekali kerana tanpa tajuk yang menarik, tidak akan ada orang yang akan mengakses blog kita, apatah lagi untuk membacanya. Yang kedua ialah berkeupayaan mengarang cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Sebagai seorang penulis blog, pengolahan ayat yang berbagai perlu menjadi keutamakan agar mampu menambat hati pembaca. Cara yang ketiga ialah penggunaan ayat humor dan berbentuk jenaka. Secara amnya, pembaca lebih menggemari bacaan humor. Hal ini kerana ia tidak begitu bosan untuk dibaca. Cara yang keempat ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menjelaskan penulisan anda terutamanya apabila melibatkan bahan ilmiah. Cara yang kelima ialah kaitkan penulisan dengan berita terkini. Berita yang sensasi dan trending adalah antara bahan bacaan yang 'digilai' oleh pembaca. Cara yang keenam ialah gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk memudahkan maklumat disampaikan kepada pembaca. Cara yang ketujuh ialah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Pembaca tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu ayat. Cara yang kelapan ialah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Apabila pembaca membaca blog kita, pembaca seakan-akan seperti mendengar cerita tersebut daripada mulut blogger itu sendiri. Cara yang ke-9 ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Cara yang terakhir ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Hal ini sangat penting sekali kerana penulisan pendidikan melibatkan fakta yang tepat.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing : Embracing the Technology.
  Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor  & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment