Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk) dalam buku bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi menceritakan seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim mempunyai dua nenek dan dua atuk. Suatu hari, Alim pulang ke kampung halaman nenek dan atuk sebelah ibunya. Alim sangat teruja sekali untuk pulang ke kampung yang berada di Kajang itu. Setiba di sana, dia mencari ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya. Sungguh sedih sekali, apabila dia dapati tiada langsung haiwan-haiwan tersebut, lalu dia menangis. Dia berfikir bahawa semua haiwan tersebut sudah mati. Melihat riak muka cucu mereka, nenek dan atuk membawanya ke reban baharu yang penuh dengan haiwan ternakan mereka. Alim kemudian menjadi begitu ceria sekali. Tidak lama kemudian, Alim masuk ke rumah. Hatinya menjadi sayu apabila melihat rumah yang telah berubah, lalu menangis kembali. Lantas, nenek menghampiri Alim dan memujuknya. Nenek membawanya mengelilingi rumah. Nenek menunjukkan kedudukan setiap perabot yang baharu seperti almari, kerusi dapur dan katil. Setelah kembali dalam keadaan yang biasa semula, Alim menonton televisyen bersama-sama adik-beradiknya. Sementara itu, nenek, atuk, ibu dan bapa Alim berbual di dapur. Ibu Alim menyatakan bahawa dia sedih dan hairan akan kelakuan anaknya, Alim itu. Hubungan Alim dan keluarganya lebih rapat disebabkan oleh suasa kampung yang berlainan daripada biasa.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment