Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum dan hai semua. Nama yang diberi Syarifah Nur Hasni Binti Syed Mohd Zubir. Nama gelaran saya ialah Hasni. Terdapat satu kisah dahulu semasa saya masih kecil, sebenarnya saya lebih suka menggelarkan diri saya sebagai Ma. Tetapi saya ditegur oleh ayah saya kerana nama tersebut tiada kaitan langsung dengan nama asal saya. Jadi, sekarang saya lebih senang orang memanggil saya, Hasni. Saya juga merupakan anak kelahiran Perak. Jikalau diperincikan lagi, saya dilahirkan di Hospital Kuala Kangsar. Sehingga kini, saya masih menetap di daerah Kuala Kangsar iaitu Padang Rengas. Pada tahun ini, saya akan berumur 24 tahun pada bulan November nanti. In Shaa Allah. Saya sangat gemar menjahit, membaca buku dan menonton Anime. Antara Anime yang saya minati ialah Naruto, Honey and Clover, Paradise Kiss dan Dr. Stone.





Saya mendapat pendidikan pertama di Kindergarden. Kemudian, saya belajar di SK Perempuan, Padang Rengas dari darjah satu hinggalah darjah enam. Yang menariknya, walaupun sekolah tersebut mempunyai nama SK Perempuan, namun ia bukan sahaja dipenuhi pelajar perempuan malah lelaki. Hanya pada tahun-tahun yang kebelakang sahaja, sekolah tersebut hanya dikhususkan kepada pelajar perempuan. Pada tahun 2012, saya belajar di SMKA Kerian, Gunung Semanggol selama dua tahun. Kemudian, saya melanjutkan pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dalam bidang TESL. Alhamdulillah. Saya berjaya bergraduasi dengan segulung sijil diploma. Kini, saya sedang menceburi bidang Linguistik Bahasa di Universiti Putra Malaysia, Serdang.









No comments:

Post a Comment