Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka 

Cerita yang Berkaitan Model Penceritaan di Atas

Setiap hujung, saya dan keluarga saya akan mengemas rumah bersama-sama. Hal ini kerana pada hari minggu, kami sangat sibuk dengan urusan lain seperti kerja sekolah dan kerja pejabat. Ayah dan abang saya akan membasuh kereta bersama-sama. Saya dan kakak pula akan menyapu lantai dan mengemopnya. Sementara dua adik perempuan saya akan mencuci tingkap menggunakan sabun pencuci dan kain. Seletelah selesai mengemas, saya akan membantu ibu di dapur untuk menyediakan makanan tengah hari. Kemudian, kami akan menjamu makanan bersama-sama sambil bercerita apa yang terbuku di hati. Pada waktu petang, kami sekeluarga akan ke kebun untuk menguruskan  tanaman. Saya dan adik-beradik saya akan menolong ibu dan ayah untuk mencantaskan rumput-rumput yang tumbuh di sekeliling tanaman kami. Dalam keluarga kami, kami amat mementingkan sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati. Oleh sebab itu, kami akan selalu mengucapkan terima kasih setelah selesai mengemas rumah bersama-sama.


Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Berikut merupakan hasil tugasan asas grafik kumpulan kami iaitu The Luxe Production.






BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

 1) Mugshot

Gambar di bawah merupakan gambar yang memenuhi kriteria mugshot. Kesemua model melakukan dua ekspresi yang berbeza untuk mugshot ini.





















2) Close- up

Berikut merupakan dua close up gmbar. Yang pertama merupakan gambar close-up yang mempunyai kaitan dengan objek manakala satu lagi berkaitan dengan anggota badan manusia.


3) Potrait

Gambar di bawah mempunyai dua sisi yang berbeza bagi potrait.



4) Medium shot

Gambar di bawah merupakan gambar medium shot yang melibatkan pemandangan sahaja dan pemandangan dengan manusia.



5) Long shoot 

Gambar di bawah merupakan gambar long shoot yang melibatkan pemandangan sahaja dan pemandangan dengan manusia.



BBM3410Satu: Blanket Test 2.0

Soalan    1      : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Jawapan 1      : Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan    2     : Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?

Jawapan 2     : Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supayaa dikenali oleh orang ramai.

Soalan     3       : Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?

Jawapan  3       : Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) dalam buku bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi merupakan sebuah sambungan cerita sosial 1 iaitu amalan mulia Alim berkongsi buah-buahan dengan jirannya. Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang pelbagai buah-buahan. Buah-buahan yang dibawa balik ialah buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan pelbagai lagi. Sebaik sahaja tiba di rumah, bapa Alim mengajak seluruh ahli keluarganya untuk menjamu buah-buahan tersebut. Lalu, abang Imran memanggil ibu, Madinah, Aisyah dan juga Alim untuk makannya bersama-sama. Lalu, Alim mendapat satu idea bahawa dia ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan orang lain. Ibunya memberikan cadangan untuk memberikannya kepada Sulaiman, memandangkan ibu ternampak Sulaiman semasa dia sedang siram pokok bunga sebentar tadi. Kemudian, Alim membawa sebungkus plastik berisi buah-buahan ke rumah Sulaiman. Setelah selesai, Alim pulang ke rumah dan membantu mengemas rumah sesudah habis makan. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, iaitu mak Sulaiman. Dia mengucapkan terima kasih atas pemberian tadi. Alim berasa sungguh seronok kerana dengan perkongsian tadi mampu menggembirakan pihak penerima.


BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH - SYARIFAH NUR HASNI BINTI SYED MOHD ZUBIR



Gambar di atas merupakan satu aktiviti bertulisan yang terdapat dalam buku media sosial yang dikarangkan oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Soalan tersebut ialah 'Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa'?. Secara keseluruhannya, terdapat 4 manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa seperti yang dinyatakan di atas.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Hari ini, kami sebagai ahli kumpulan The Luxe Production memulakan tugasan asas grafik ini dengan menceraikan helaian buku-buku tersebut. Kemudian, kami memilih lima helaian muka surat yang ada kaitan dengan elemen asas grafik. Elemen asas grafik tersebut ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Lalu, kami menunjukkannya kepada pensyarah kami untuk mendapat persetujuan.



Selepas itu, kami menggunting huruf dan nombor yang dijumpai dalam majalah tersebut untuk dijadikan nama kumpulan, nama ahli dan no.matrik. 



Selesai sahaja menggunting, kami melekatkannya di atas mounting board yang berukuran A4. Kami menebuk mounting board menggunakan puncher. Lalu, mengikat keenam-enam mounting board tersebut menggunakan reben.




BBM3410Satu2020: Blanket Test


Soalan 1: Berapa ayat dalam teks?
Jawapan 1: 4 ayat


Soalan 2: Sila terangkan satu elemen asas grafik yang berkaitan dengan gambar ini.
Jawapan 2: Keseimbangan. Di dalam gambar itu, di bahagian atas terdapat warna langit yang cerah dan diseimbangikan dengan warna laut yang gelap di bawah. Di bahagian kanan pula, kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangi dengan resort di sebelah kiri yang padat. Malah, di sebelah kiri terdapat sebuah bot yang juga mengimbangi resort yang padat itu.

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Video

. VIDEO .

BBM3410Satu2020: Grafik

. GRAFIK . 

BBM3410Satu2020: Keluarga

Saya mempunyai 5 adik-beradik dan merupakan anak ke-3; mempunyai seorang kakak sulung (Husna), abang (Faiz) dan dua adik lelaki (Fahmi dan Danish). Semua adik beradik saya masih sedang belajar kecuali kakak saya. Yang paling bongsu, baru sahaja memasuki Tingkatan 3. Kakak, abang dan saya mempunyai jarak umur setahun sahaja. Jadi, umur kakak saya ialah 26 tahun, abang saya berumur 25 dan saya pula berumur 24 tahun. 

Bapa saya pula, digelari ramai sebagai Encik Syed. Manakala, ibu saya pula dipanggil sebagai Cikgu Zuraida kebiasaannya. Hal ini kerana beliau ialah seorang guru. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dikurniakan dengan sebuah keluarga yang sentiasa berada di samping saya. 






BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk) dalam buku bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi menceritakan seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim mempunyai dua nenek dan dua atuk. Suatu hari, Alim pulang ke kampung halaman nenek dan atuk sebelah ibunya. Alim sangat teruja sekali untuk pulang ke kampung yang berada di Kajang itu. Setiba di sana, dia mencari ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya. Sungguh sedih sekali, apabila dia dapati tiada langsung haiwan-haiwan tersebut, lalu dia menangis. Dia berfikir bahawa semua haiwan tersebut sudah mati. Melihat riak muka cucu mereka, nenek dan atuk membawanya ke reban baharu yang penuh dengan haiwan ternakan mereka. Alim kemudian menjadi begitu ceria sekali. Tidak lama kemudian, Alim masuk ke rumah. Hatinya menjadi sayu apabila melihat rumah yang telah berubah, lalu menangis kembali. Lantas, nenek menghampiri Alim dan memujuknya. Nenek membawanya mengelilingi rumah. Nenek menunjukkan kedudukan setiap perabot yang baharu seperti almari, kerusi dapur dan katil. Setelah kembali dalam keadaan yang biasa semula, Alim menonton televisyen bersama-sama adik-beradiknya. Sementara itu, nenek, atuk, ibu dan bapa Alim berbual di dapur. Ibu Alim menyatakan bahawa dia sedih dan hairan akan kelakuan anaknya, Alim itu. Hubungan Alim dan keluarganya lebih rapat disebabkan oleh suasa kampung yang berlainan daripada biasa.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik merujuk Normaliza Abd Rahim (2014) iaitu;

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2) Cerita menarik yang dapat menari hati pembaca.
3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7) Dapat dibaca dn difahami.
8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Terdapat 10 cara menulis blog dengan jayanya. Yang pertama ialah memilih tajuk sesuai yang dapat menarik perhatian pembaca. Ini merupakan perkara utama sekali kerana tanpa tajuk yang menarik, tidak akan ada orang yang akan mengakses blog kita, apatah lagi untuk membacanya. Yang kedua ialah berkeupayaan mengarang cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Sebagai seorang penulis blog, pengolahan ayat yang berbagai perlu menjadi keutamakan agar mampu menambat hati pembaca. Cara yang ketiga ialah penggunaan ayat humor dan berbentuk jenaka. Secara amnya, pembaca lebih menggemari bacaan humor. Hal ini kerana ia tidak begitu bosan untuk dibaca. Cara yang keempat ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menjelaskan penulisan anda terutamanya apabila melibatkan bahan ilmiah. Cara yang kelima ialah kaitkan penulisan dengan berita terkini. Berita yang sensasi dan trending adalah antara bahan bacaan yang 'digilai' oleh pembaca. Cara yang keenam ialah gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk memudahkan maklumat disampaikan kepada pembaca. Cara yang ketujuh ialah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Pembaca tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu ayat. Cara yang kelapan ialah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Apabila pembaca membaca blog kita, pembaca seakan-akan seperti mendengar cerita tersebut daripada mulut blogger itu sendiri. Cara yang ke-9 ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Cara yang terakhir ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Hal ini sangat penting sekali kerana penulisan pendidikan melibatkan fakta yang tepat.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing : Embracing the Technology.
  Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor  & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum dan hai semua. Nama yang diberi Syarifah Nur Hasni Binti Syed Mohd Zubir. Nama gelaran saya ialah Hasni. Terdapat satu kisah dahulu semasa saya masih kecil, sebenarnya saya lebih suka menggelarkan diri saya sebagai Ma. Tetapi saya ditegur oleh ayah saya kerana nama tersebut tiada kaitan langsung dengan nama asal saya. Jadi, sekarang saya lebih senang orang memanggil saya, Hasni. Saya juga merupakan anak kelahiran Perak. Jikalau diperincikan lagi, saya dilahirkan di Hospital Kuala Kangsar. Sehingga kini, saya masih menetap di daerah Kuala Kangsar iaitu Padang Rengas. Pada tahun ini, saya akan berumur 24 tahun pada bulan November nanti. In Shaa Allah. Saya sangat gemar menjahit, membaca buku dan menonton Anime. Antara Anime yang saya minati ialah Naruto, Honey and Clover, Paradise Kiss dan Dr. Stone.





Saya mendapat pendidikan pertama di Kindergarden. Kemudian, saya belajar di SK Perempuan, Padang Rengas dari darjah satu hinggalah darjah enam. Yang menariknya, walaupun sekolah tersebut mempunyai nama SK Perempuan, namun ia bukan sahaja dipenuhi pelajar perempuan malah lelaki. Hanya pada tahun-tahun yang kebelakang sahaja, sekolah tersebut hanya dikhususkan kepada pelajar perempuan. Pada tahun 2012, saya belajar di SMKA Kerian, Gunung Semanggol selama dua tahun. Kemudian, saya melanjutkan pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dalam bidang TESL. Alhamdulillah. Saya berjaya bergraduasi dengan segulung sijil diploma. Kini, saya sedang menceburi bidang Linguistik Bahasa di Universiti Putra Malaysia, Serdang.