Friday, May 1, 2020

BBM3410SATU2020: Rule Of Thirds (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Rules of Thirds

Rules of Thirds adalah teknik fotografi yang penting. Ini kerana ia mampu meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Apabila seseorang ingin mengambil gambar, dia akan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Dengan melakukan ini, kita dapat mengetahui empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Kita perlu mengambil kira unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba selarikannya dengan garisan di dalam Rules of Thirds. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu pandai bermain dengan camera agar kedudukan subjek dalam kamera berada di tempat yang betul. Untuk pengetahuan anda, rules of thirds tidak perlu digunakan dalam setiap situasi, tetapi  jika digunakan akan menghasilkan gambar yang lebih menarik.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia




No comments:

Post a Comment