Thursday, May 7, 2020

BBM3410SATU2020: CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZAABD RAHIM, 2019) 3




RUMUSAN 3 NILAI MURNI DALAM CERITA SOSIAL 3

Cerita Sosial 3 yang bertajuk Keluarga Saya mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Alim yang suka saling membantu satu sama lain untuk mengemas rumah. Nilai murni pertama yang saya dapati daripada cerita ini ialah sikap tolong-menolong. Semua ahli keluarga Alim iaitu kakak, abang, ibu dan Alim berganding bahu untuk menjaga kebersihan rumah mereka. Seterusnya, kita perlulah mempunyai sifat sabar dalam diri kita. Tindakan ini dapat kita lihat watak ibu yang tidak marah anaknya, Alim apabila dia tidak mahu melakukan kerja. Sebaliknya, ibu menghampiri Alim dan memujinya untuk menggalakkannya melakukan kerja rumah. Nilai murni yang ketiga yang saya lihat dalam cerita ini ialah menunjukkan contoh yang baik. Alim merupakan budak kecil yang tidak tahu bagaimana mahu menyapu sampah. Lalu, diajar oleh kakak dan abang bagaimana untuk menggunakan penyapu dengan betul.



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment