Friday, May 1, 2020

BBM3410SATU2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2


Berdasarkan Cerita Sosial 2 bertajuk “Saya yang Istimewa”, kitab boleh dapati terdapat banyak nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut. Tapi saya hanya menyentuh tiga nilai moral sahaja untuk waktu ini. Nilai murni pertama yang dapat saya dapat ialah kasih sayang. Ini kita boleh lihat dalam perlakuan ayah. Ayah tahu bahawa anak-anaknya suka makan buah-buahan tempatan. Jadi, dia pun membelinya agar dapat dijamah oleh seisi keluarga. Seterusnya, kita perlulah menjaga kebersihan. Contoh ini ditunjukkan oleh ibu. Ibu menyediakan bakul sampah untuk letak sampah di dalam. Justeru, rumah akan kekal bersih. Nilai murni yang ketiga ialah sifat kejiranan. Semasa sedang menjamah buah-buahan tersebut, Alim teringat akan jirannya, Sulaiman. Lalu, dia membungkuskan sedikit buah-buahan tersebut dan diberikan kepada Sulaiman.




RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu




No comments:

Post a Comment