Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Peta Minda (Instagram)






Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti PutraMalaysia

BBM3410Satu2020: Asas Grafik Dalam Multimedia




Secara asasnya, terdapat lima asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan

1. Mudah
Mudah difahami dengan pandangan pertama. Ini bermakna gambar tersebut mudah ditafsir dengan hanya sekali imbasan.

2. Warna
Warna adalah kombinasi warna di dalam foto dan video. Secara asasnya, grafik tidak boleh mempunyai lebih daripada tiga warna. Malah warna yang digunakan perlulah mewakili imej yang inign disampaikan.


3. Teks
Teks adalah bagaimana penulis menggunakan jenis dan saiz font dalam pengimejan. Malah, penggunaan teks yang betul adalah penting kerana pemahaman gambar tersebut adalah berdasarkan isi teks tersebut.


4. Kesesuaian
Latar tempat, latar masa dan latar watak adalah perkara yang sesuai untuk diambil kira di dalam aspek kesesuaian foto ataupun video.


5. Keseimbangan
Keseimbangan dalam grafik dapat dikira melalui ruang dalam foto dan juga video. Penggunaan ruang di sebelah kiri, kanan, atas dan bawah yang baik perlulah mempunyai keseimbangan. Keseimbangan dapat dicapai apabila imej yang ingin dipaparkan dapat dipamerkan dengan baik.




Rujukan


Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJIK,1977)











VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada sesuatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

_________________________________________________________________________________

Struktur Makro 

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

_________________________________________________________________________________

Superstruktur

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, pentup dan kesimpulan

_________________________________________________________________________________

Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

_________________________________________________________________________________

Ringkasan tentang Teori di atas

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis (Vandijk, 1997) terbahagi kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mempunyai huraiannya yang tersendiri dan perlu dianalisis. Untuk memahami teori ini dengan lebih mudah, terdapat tiga pembahagian yang dilakukan iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro.



RUJUKAN/ BIBILIOGRAFI

Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI





Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pergelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

     Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pergelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataa atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa jua perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Kepentingan Penggunaan Strategi Komunikasi


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat 10 teori pengelakkan dan pengurangan daripada  Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) iaitu  Pengabaian/ Peninggalan mesej, Pengolakan topik seperti (Achievement or Compensatory Strategies dan Pencapaian atau Strategi, Panpasan, Parafrasa (Circumlocution) , Penghampiran, Penggunaan perkataan semua tujuan, Cipta perkataan baharu (Word-coinage), Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non Linguistic means) , Terjemahan literal Pengantarabangsaan. Pertukaran kod, Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu dan Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices). Taksonomi strategi komunikasi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu strategi pengelakan, pencapaian dan penangguhan.


RUJUKAN
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM






Berdasarkan Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat beberapa manfaat penggunaan instagram yang tersenarai dalam buku bertajuk " Eh! Media Sosial". Yang pertama ialah Instagram membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Seterusnya ialah memberi pengguna peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Kemudian ialah mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Bagi pengajar pula, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Manfaat yang terakhir ialah menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa Instagram membawa pelbagai kebaikan kepada pengguna malah juga kepada pengajar.

Rujukan/ Bibiliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan perbincangan dapat dirumuskan melalui tiga bahagian iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasadam pembelajaran multimedia. Lakaran graf yang dilukis menunjukkan responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan lebih banyak memilih penulisan secara cerpen pendek berbanding puisi, skrip drama dan pantun. Hal ini disebabkan cerpen pendek lebih mudah dan efektif untuk ditulis oleh setiap golongan. Responden wanita juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Oleh itu, kedua-dua responden ini juga menyatakan bahawa cerpen pendek ditulis bagi menambah baik kemahiran menulis, senang untuk ditulis sekaligus maklumat yang ingin disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca. Responden juga lebih gemar menulis mengenai cerita kanak-kanak kerana ia lebih menarik. Selain itu,melalui penulisan cerita pendek dalam blog membolehkan mereka berlatih menggunakan Bahasa serta mereka lebih gemar membaca cerpen pendek dalam blog rakan mereka. Penulisan cerpen pendek ini juga lebih membuatkan mereka tertanya-tanya akan dunia yang berbeza. Mereka juga mampu berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Dapat dirumuskan bahawas setiap perkara yang ditulis mampu meningkatkan motivasi mereka dan responden lebih banyakmemilih penulisan cerita pendek berbanding puisi, skrip drama dan pantun.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan erasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Responden kajian ini ialah lelaki dan wanita. Responden wanita suka meluahkan perasaan menerusi blog kerana dengan cara tersebut lebih baik berbanding yang lain. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding lelaki. Lelaki tidak berminat berkongsi luahan perasaan di blog kerana mungkin malu dan tidak mahu dibaca oleh orang lain. Responden wanita suka menulis blog bagi meluahkan perasaan secara peribadi dan pada setiap hari. Bagi lelaki pula, mereka lebih gemar berkongsi sesuatu yang mampu membuahkan pemikiran kritis seperti teka-teki. Mereka lebih gemar menulis teka-teki kerana dapat meningkatkan motivasi menggunakan bahasa sasaran dan teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka. Ia juga lebih mencabar minda dan secara automatic dapat berfikir secara kritis.

            Menurut Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) melalui pembelajaran teknologi pula menerusi tiga cara iaitu video, audio dan fotografi. Kedua-dua responden lebih gemar pembelajaran teknologi dalam blog secara video dan audio. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Melalui penggunaan video dan audio sekaligus memberi kelebihan terhadap penceritaan yang mereka tulis di laman blog. Responden lelaki dan wanita teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka supaya kelihatan lebih menarik dan seronok. Mereka boleh meletakkan audio yang mereka gemari di laman blog dan audio yang dipilih juga bersesuaian. Responden wanita juga lebih gemar menyiarkan gambar menerusi laman blog mereka. Menerusi ketiga-tiga bahagian ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini telah memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. Perkara ini juga membuktikan mereka lebih bermotivasi untuk membaca blog rakan-rakan mereka dan juga melihat blog mereka dibaca oleh orang lain. Hal ini dapat membantu mereka lebih memahami kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. 


RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.