Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A

Nota Ringkas tentang Jenis Shot



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia


Bahagian B

Kepentingan Rules of Third


Rule of third ialah satu item yang begitu penting dalam bidang fotografi. Hal ini kerana rule of third adalah boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam foto yang telah diambil. Untuk mendapatkan sesuatu gambar yang menarik seseorang itu perlu menggunakan rule of third dengan cara yang betul. Antara cara-cara yang perlukan untuk menggunakan rule of third adalah semasa mengambil gambar seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of third digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen foto. Oleh itu, swafoto yang cantik akan dapat dihasilkan. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan, rule of third tidak digunakan dalam setiap situasi dan kadangkala boleh menghasilkan sebuah foto yang menarik. Sebagai contoh, dalam rule of third terdapat dua garis menegak. Apabila seseorang itu ingin bersua foto maka seseorang itu perlulah berada dalam garis rule of third dan kawannya juga perlu melakukan perkara yang sama.




RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment