Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga sikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                                 (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                     (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Pada pendapat saya, menurut Normaliza Abd Rahim, 2014, beliau menyatakan menulis cerita secara individu memberi impak dalam proses penulisan seseorang. Ini bermakna apabila seseorang diberi kesempatan untuk menulis dengan usahanya sendiri, dia mampu mengembangkan lagi kebolehan menulisnya. Tapi antara cabaran yang menghalang seseorang daripada menulis ialah tiada keberanian untuk berkongsi hasil penulisannya dengan orang lain. Hal ini kerana mungkin mereka khuatir dengan kritikan yang akan diberikan oleh si pembaca. Manakala menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017, mereka menyatakan bahawa pelajar lebih gemar penglibatan terus dalam aktiviti. Hal ini kerana ini dapat menggalakkan mereka untuk lebih fokus kepada proses pembelajaran bahasa. Selain itu, pelajar tidak akan berasa bosan dan akan lebih memahami tentang apa yang dipelajari. Ini mungkin kerana jika pelajar tersebut tidak memahami sebarang penjelasan yang dilakukan semasa pembelajaran, mereka dapat menanyakan terus kekeliruan mereka itu. Pelajar tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan sebarang jawapan yang diingini.


Kata Kunci




RUJUKAN
Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment