Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana Strategi Komunikasi


Bahagian A

Nama: Syarifah Nur Hasni Binti Syed Mohd Zubir
No.Matrik: 197456

Strategi Kesopanan
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.


Kesopanan Positif
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rta tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cnatik baju kamu.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara


Bahagian B

Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) dalam buku bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi merupakan sebuah sambungan cerita sosial 1 iaitu amalan mulia Alim berkongsi buah-buahan dengan jirannya. Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang pelbagai buah-buahan. Buah-buahan yang dibawa balik ialah buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan pelbagai lagi. Sebaik sahaja tiba di rumah, bapa Alim mengajak seluruh ahli keluarganya untuk menjamu buah-buahan tersebut. Lalu, abang Imran memanggil ibu, Madinah, Aisyah dan juga Alim untuk makannya bersama-sama. Lalu, Alim mendapat satu idea bahawa dia ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan orang lain. Ibunya memberikan cadangan untuk memberikannya kepada Sulaiman, memandangkan ibu ternampak Sulaiman semasa dia sedang siram pokok bunga sebentar tadi. Kemudian, Alim membawa sebungkus plastik berisi buah-buahan ke rumah Sulaiman. Setelah selesai, Alim pulang ke rumah dan membantu mengemas rumah sesudah habis makan. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, iaitu mak Sulaiman. Dia mengucapkan terima kasih atas pemberian tadi. Alim berasa sungguh seronok kerana dengan perkongsian tadi mampu menggembirakan pihak penerima.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A

Nota Ringkas tentang Jenis Shot



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia


Bahagian B

Kepentingan Rules of Third


Rule of third ialah satu item yang begitu penting dalam bidang fotografi. Hal ini kerana rule of third adalah boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam foto yang telah diambil. Untuk mendapatkan sesuatu gambar yang menarik seseorang itu perlu menggunakan rule of third dengan cara yang betul. Antara cara-cara yang perlukan untuk menggunakan rule of third adalah semasa mengambil gambar seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of third digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen foto. Oleh itu, swafoto yang cantik akan dapat dihasilkan. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan, rule of third tidak digunakan dalam setiap situasi dan kadangkala boleh menghasilkan sebuah foto yang menarik. Sebagai contoh, dalam rule of third terdapat dua garis menegak. Apabila seseorang itu ingin bersua foto maka seseorang itu perlulah berada dalam garis rule of third dan kawannya juga perlu melakukan perkara yang sama.




RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga sikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                                 (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                     (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Pada pendapat saya, menurut Normaliza Abd Rahim, 2014, beliau menyatakan menulis cerita secara individu memberi impak dalam proses penulisan seseorang. Ini bermakna apabila seseorang diberi kesempatan untuk menulis dengan usahanya sendiri, dia mampu mengembangkan lagi kebolehan menulisnya. Tapi antara cabaran yang menghalang seseorang daripada menulis ialah tiada keberanian untuk berkongsi hasil penulisannya dengan orang lain. Hal ini kerana mungkin mereka khuatir dengan kritikan yang akan diberikan oleh si pembaca. Manakala menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017, mereka menyatakan bahawa pelajar lebih gemar penglibatan terus dalam aktiviti. Hal ini kerana ini dapat menggalakkan mereka untuk lebih fokus kepada proses pembelajaran bahasa. Selain itu, pelajar tidak akan berasa bosan dan akan lebih memahami tentang apa yang dipelajari. Ini mungkin kerana jika pelajar tersebut tidak memahami sebarang penjelasan yang dilakukan semasa pembelajaran, mereka dapat menanyakan terus kekeliruan mereka itu. Pelajar tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan sebarang jawapan yang diingini.


Kata Kunci




RUJUKAN
Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

1) Peta Minda dalam Buku


2) Cerita Pendek di Twitter









RUJUKAN:

Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


Monday, April 27, 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Tugasan Minggu 7






Markah pertama yang diperolehi oleh kumpulan kami ialah 8.




Markah terakhir yang diperolehi oleh kumpulan kami ialah 10.






Saturday, April 4, 2020

BBM3410Satu2020: Simpulan Bahasa



Video ini merupakan hasil tugasan kumpulan kami iaitu The Luxe Production. Dalam video ini terdapat himpunan gambar yang menggambarkan simpulan bahasa yang dipilih. Semua gambar ditangkap secara berasingan iaitu di rumah kediaman ahli kumpulan masing-masing. Jadi, tugasan ini disiapkan dengan bantuan keluarga ahli kumpulan masing-masing. Hal ini kerana kami diarahkan duduk di rumah kerana Covid-19. Semoga video yang dihasilkan mampu mencuit hati si penglihat.

#StayAtHome
#Covid-19

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Komen dan Like daripada Prof Normaliza Abd Rahum dalam Instagram



BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY



Video di atas merupakan sebuah tugasan yang diberikan oleh Prof Normaliza Abd Rahim di mana kami diminta untuk mengambil gambar-gambar flatlay. Secara asasnya, jenis-jenis flatlay terbahagi kepada empat iaitu pada sudut 90 darjah, 45 darjah, 22.5 darjah dan 0 darjah. Tema yang kami pilih bagi tugasan ini ialah manusia, makanan, sukan, alat tulis dan alat solek. 

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi



Gambar di atas merupakan hasil kerja kumpulan kami iaitu The Luxe Production. Video di atas merupakan himpunan gambar-gambar yang telah kami tangkap mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pensyarah kami. Lima kriteria tersebut ialah Over the shoulder, Siluet, Kabur, Bird 's eye dan Bayang.