Thursday, June 4, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4









NILAI MURNI DALAM CERITA SOSIAL 4

Cerita Sosial 4 yang bertajuk Hati merupakan sebuah cerita yang mengisahkan tentang Alim yang membawa kek ke sekolah bersempena hari jadi. Dalam kisah tersebut turut menceritakan bahawa cikgunya, Cikgu Anis yang selalu mengajarnya untuk selalu berbuat baik dengan orang lain. Nilai murni yang pertama yang saya dapati ialah sikap yang suka berkongsi. Di sini, kita dapat lihat bahawa Alim membawa kek Hari Jadinya ke sekolah untuk berkongsi dengan kawan-kawannya di sekolah. Nilai murni seterusnya ialah sikap berdikari. Alim pandai menjaga dirinya sendiri tanpa perlu bantuan orang lain. Sebagai contoh, Alim pandai memakai kasut sekolah sendiri dan selalu mengemas katil sebelum ke sekolah. Nilai murni yang terakhir ialah sikap yang suka menghargai orang lain. Rakan-rakan Alim mengucapkan terima kasih apabila mendapat merasai kek Hari Jadi Alim.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment